[Video] Wah! Gangster kampung selamba makan di tangan wanita ini.





Gangster kampung ataupun  angsa, merupakan sejenis unggas yang diketahui ramai dengan sifatnya yang ganas dan akan mengejar sesiapa sahaja yang tidak dikenali. Namun, lain pula dengan adegan yang terdapat dalam video ini. Seorang wanita dengan selambanya memberi makan kepada angsa-angsa ini tanpa rasa takut dan segan silu. Angsa-angsa itu pun kelihatan jinak, dan tidak menampakkan sifatnya yang ganas apabila bertemu manusia. 

"Angsa-angsa ini saya pelihara sejak mereka kecil lagi. Hasilnya mereka sangat jinak dan tidak agresif kepada manusia. - Nur"


Mengikut Nur juga, jiran-jiran setempat juga berasa kagum dengan kejinakan angsa tersebut. Mereka berkata angsa-angsa tersebut sangat jinak dan tidak mematuk apabila manusia mendekati mereka. Wah! Unik bukan? Selalunya kita selalu membela kucing ataupun arnab sebagai haiwan peliharaan kerana mereka lebih mudah jinak. Tetapi, lain pula bagi Nur yang lebih memilih angsa yang secara analoginya bersifat ganas untuk di pelihara di kawasan rumah beliau. Lihatlah video dibawah. Korang berani tak nak bagi makan angsa macam tu?



Catat Komen

0 Ulasan