8 Fakta An Najwa, Jaguh Bola Jaring Negara


8 Fakta tentang An Najwa yang korang perlu tahu;

1. An Najwa Azizan dilahirkan pada 9 Ogos 1997 dan merupakan anak keempat dari lima beradik.

2. Mewarisi bakat bersukan daripada bapanya, Azizan Azmi, yang merupakan bekas pemain ragbi kebangsaan.

3. Berketinggian 178 sentimeter (5'10 inci).



4. Mula berjinak-jinak dengan bola jaring pada usia 13 tahun.

5. Sebelum menceburi sukan bola jaring, An Najwa terlebih dahulu terbabit dalam sukan olahraga, khususnya acara lompat jauh.

6. Sudah memiliki 43 kaps bersama skuad kebangsaan sejak 2013.

7. Dipilih sebagai MVP (Most Valuable Player) ketika pasukan negara muncul juara Kejohanan Bola Jaring Asia tahun lalu.



8. Ditanya rahsia berjaya menghasilkan gol setiap kali memegang bola, katanya "Saya tidak fikirkan perkara lain. Saya hanya fokus mahu masukkan bola ke dalam jaring".
0