SAMAN IBU BAPA KERANA KURANG DISAYANGI

Bernard Bey (32) seorang lelaki gelandangan di Brooklyn New York memfailkan saman bernilai RM  600 000 terhadap kedua orang tua beliau kerana dikatakan "tidak menunjukkan cukup kasih sayang" terhadap beliau. Bernard yang juga seorang rapper berkata beliau sudah melarikan diri dari rumah sejak berusia 12 tahun kerana tidak tahan seksaan mental dan verbal yang dilakukan oleh ibu bapa beliau. Saman yang difailkan di Brooklyn ini juga berkata beliau mahu menggunakan wang saman ini untuk membuka dua kedai pizza bagi menyara hidup beliau yang kini tinggal di rumah penjagaan gelandangan.




Ibu bapa Bernard pula apabila ditemu ramah berkata apa yang dikatakan beliau adalah bohong semata-mata. Mereka sendiri tinggal di dalam rumah sewa dan tak mampu membayar saman yang dikenakan sekiranya Bernard menang. Selain daripada itu mereka berkata Bernard sebenarnya seorang pemalas yang tak pernah bekerja dan menggunakan alasan menyaman ini untuk hidup senang lenang tanpa berusaha. Inilah Amerika, benda maca, inipun mahu dijadikan kes saman! Sangat bodoh!

SUMBER
0