Warkah dari Perbatasan


Waktu berlalu, zaman berubah, dunia bergerak, manusia berubah. Aku sangat sayangkan satu parti politik ini, PAS. Aku berterima kasih kepada parti ini kerana mereka pernah memungut aku ketika aku tercari-cari identiti diri. Aku sayangkan sahabat-sahabat pernah makan setalam, lepak bersama dan gerak kerja kita cuba sebaik mungkin, itu kenangan yang manis.

Perkara paling bermanfaat yang aku diajarkan adalah buat kerja tanpa mengharapkan balasan material, ia sungguh bermakna.

Aku cuma kuli, namun PAS sebuah parti yang unik. Walaupun kita sekadar kuli tapi ukhwah yang terjallin itu sangat erat dan aku rasa getarannya. Seandainya boleh dikembalikan pasti aku akan meminta kembali ke zaman itu. Sebab itu aku tak pernah buat ayat-ayat provokasi terhadap PAS sebab aku sayang PAS, lebih daripada apa yang orang sangka.

Zaman berubah, manusia berubah. Kini, aku lebih selesa berada di atas pagar atau non-partisan. Bukan akan membenci parti ini, cuma ini pilihan hidup aku. TG Nik Aziz juga berkata, beliau hormati keputusan mereka yang keluar parti, seharusnya ini dijadikan contoh untuk pengikut yang lain. Hormat-menghormati pendirian manusia yang lain, moga dunia semakin harmoni.

Aku menubuhkan persatuan baharu bukan untuk mencabar sesiapa. Ramai remaja di luar sana mahu berbuat baik, tetapi platform kurang dan rata-rata daripada mereka tidak mahu terlibat dengan politik mahupun sebahagian lagi berpendapat politik yang berbeza-beza. Maka, pasukan baharu ini mengumpulkan semua ideologi lalu melakukan benda-benda baik semampu yang boleh. Tidak kisahlah ada yang menggelarkan diri sebagai tak wala, futhur mahupun derhaka, di sana nanti biar Tuhan menjadi hakim.


Perbincangan yang ringan-ringan kami hidupkan, membincangkan artikel tulisan ilmuan, bedah lagu dan buku. Semua itu kami rangkuman, sekali-sekala berbeza pendapat, kadang-kadang tak sealiran pemikiran, tapi itulah manusia rambut sama hitam hati lain-lain.

Dalam perjalanan ini, ramai yang terluka. Apabila ada konflik, pasti ada yang terluka. Rasannya pasukan ini sudah meminta maaf, moga yang terluka akan memaafkan begitu si Dia di atas sana.

Aku sedang berhibernasi, doakan aku berjaya menghabiskan ijazah dan seterusnya master jika ada rezeki. Selepas itu, pasti aku akan kembali semula, mungkin aku akan memilih samada Pas, UMNO atau PKR sebagai ideologi politik aku.

Aku ingin patrikan kenangan ketika berubah angin dalam gambar.


0