Jangan Berhenti Bermimpi

/
0 Comments


Gantunglah cita-cita mu setinggi bintang di langit,
 apabila ia terjatuh hanya jatuh ke awan,
berbanding menggantung di awan,
jika ia jatuh akan terus jatuh ke bumi.

Rendahkan hati mu serendah mutiara di dasar lautan,
bukan hanya serendah rumput di bumi,
agar tidak memandang rendah pada orang lain,
sedangkan dia lebih baik dari mu.

Kehidupan, seseuatu yang misteri. Kita tidak dapat menduga apa yang akan berlaku esok dan tidak pula kita dapat menerangkan dengan jelas apa yang berlaku semalam. Sekali sekala, dunia menguji kita dengan pelbagai tribulasi yang kadang-kadang membuatkan kita rasa kita adalah orang yang paling malang, padahal tidak.

Apabila mendapat nikmat, cuba bandingkan dengan mereka yang kekurangan. Seseorang berkemungkinan akan marah sekirannya mendapat kasut yang buruk sebagai hadiah sehingga dia melihat seseorang yang tidak mempunyai kaki.



Tuhan tidaklah sekejam kita sangka, kerana setiap hari kita mendengar ramai orang mengancam neraka terhadap semua individu yang dilihat berbeza daripada dirinya sedangkan dia boleh menceritakan tentang keindahan syurga kepada individu tersebut. Sekarang kebanyakkan jurucakap Tuhan tidak senada dengan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W . Mereka lebih selesa mengambarkan agama mengikut ideologi dan filosofi hidup mereka agar dapat mencapai cita-cita yang dunia tawarkan.

Setiap manusia punya kelebihan yang tersendiri, namun peraturan dunia membuatkan sesetengah individu yang berbakat kelihatan bodoh. Seekor ikan akan kelihatan mengarut apabila dia cuba memanjat pokok. Ikuti bakat yang anda ada, yakin dan rajin mengasah bakat tersebut nescaya anda akan berjaya, jangan takut dengan pandangan dunia.

Bermimpilah, kemudian kejar mimpi itu.


You may also like

Tiada ulasan: