Berfikir tidak menjadikan mu kafir, Teman


Minggu lalu, kelas aku membahaskan tentang isu feminis yang memperjuangkan hak wanita. Antara isu yang dibangkitkan adalah isu Poligami. Kumpulan yang membentang, membentangkan tugasan mereka dengan baik.
Kemudian, aku provoke dengan satu statement, dunia sekarang menyaksikan bahawa nisbah lelaki dan perempuan adalah satu nisbah tujuh, sekirannya poligami diharamkan, bagaimanakah nasib wanita-wanita kerana lelaki semakin berkurangan?
Wanita muslim itu berkata, kami tak tolak poligami cuma kami lihat pada keadaan untuk membolehkan kami mengizinkan suami kami berpoligami.
Tiba-tiba bangkit seseorang yang menyuruh semua wanita muslim yang ada di dalam kumpulan itu mengucap kerana mereka dikatakan telah murtad kerana melanggar dalil Allah dalam surah An-nisa ayat 3.
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja,atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” (Surah An-Nisa’:3)


Lantas perbincangan bertukar menjadi suram, aku juga sangat kecewa kerana buat kali pertama semenjak dua bulan di Kelantan aku rasa aku berdiskusi. Ini masalah, dan aku yakin mampu memberi fitnah kepada masyarakat belum muslim.
Apabila agama dilihat satu benda yang monolog, kasta dan terlalu statik maka ramai akan beranggapan agama menganiaya kaum wanita. Padahal perkahwinan pada asalnya adalah untuk melindungi wanita, bukan nafsu semata.
Wanita tadi cuba memberi pandangan jelas terhadap realiti nanti, bukan sedang mempersoal firman Tuhan, mengapa dihukum kafir?
Mungkin juga ramai lelaki yang lupa, Tuhan juga berfirman dalam surah yang sama
“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu),walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai) sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung.” ( Surah An-Nisa’:129 )
Ayat ini jelas memperlihatkan kesukaran untuk berlaku adil terhadap isteri-isteri, maka sebelum melakukan poligami, nilai beberapa perkara agar tidak memberi fitnah kepada agama nanti.
0