Niat Berpuasa dan Beberapa Nota ringkas

Niat puasa ganti / puasa qada' dalam rumi :

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى

Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala

*sebut qada' - e , macam sebut 'an adae' dalam niat puasa di bulan ramadhan .

*ramadona - dho adalah huruf dod - sebut d (dengan lidah menyentuh lelangit)

Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

  Saya ada  terbaca satu artikel mengenai puasa ganti menyatakan "Jika anda berazam ingin melakukan qadha' puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat."
Niat Berpuasa Harian:
Nawaitu sauma ghodin an’adae fardisyahri romadhona hazizhi sanati lillahhi ta’ala.
Maksud:
“Sahaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.”

Niat Berpuasa Sebulan :

Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahitaala
Maksud:
"Sahaja aku berniat berpuasa keseluruhan pada bulan ramadhan ini kerana Allah Taala"

Doa Berbuka Puasa:

Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Maksud:
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Jika ramai-ramai : ganti 'tu kepada 'na' (ganti saya kepada kami )

Allahumma laka shumna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika aftharna birahmatika ya arhamarrohimin
Ertinya:
Ya Allah bagi Engkau kami berpuasa dan dengan Engkau beriman kami dengan rezeki Engkau kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa Selepas Berbuka Puasa
 
Maksud:
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu. 

Sebaik-baik doa berbuka puasa ialah doa yang diwariskan oleh Nabi kepada umatnya. Ketika berbuka puasa Nabi membaca,
“Telah hilang rasa haus dan telah basah segala urat, semoga kami tetap berpahala, insya Allah”. (Hasan, Hadis Abu Dawud, Daruqutni dan Al-Hakim)


*Ejaan rumi mungkin sedikit tidak serupa dari bacaan arabnya. *

0