Hari Bapa: Kisah yang menyentuh hati

/
0 Comments


Sekadar berkongsi cerita.
Pagi tadi:
Pergi ke bank, utk menguna cash deposit ATM. Di belakang, ada seorang pakcik berdiri.
... 
"Nak, boleh tolong saya?"
"Ya, boleh pakcik"
"Tolong saya masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yang tolong. Hari ini pegawai tu takde.."
"Duit untuk anak pakcik ya?"
"Ya...dia belajar di Selangor - UiTM"
Duit dimasukkan untuk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yang sama tapi kali ini ada rm10, 5 keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dalam mesin tapi yang rm100 keluar semula. 2kali.
'Pakcik ada duit lain?"
"Tak ada nak"
Sempat mata ini menjeling ke dalam pouch pakcik itu (maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.
Hati mula tersentuh.
Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega terlihat di riak wajahnya.
Berlalu tapi perlahan..
Ingin kutahu dia naik apa..
Motor...
Dalam hujan renyai...
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kepada pakcik itu.
RM400 untuk 2 orang anak.
Sikit untuk dirinya memadai..
Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik untuk Pakcik itu
Kepada semua pelajar:
*Belajarlah sungguh-sungguh untuk membalas jasa ibubapa kita..



You may also like

Tiada ulasan: