Eh?mcam mana nak Eja InshaAllah?

Bagaimanakah ejaan sebenar perkataan “insyaallah” di dalam Bahasa Melayu @tulisan Jawi/Bahasa Arab?

Terdapat ramai orang yang telah tersalah sangka mengenai cara yang betul mengeja perkataan “insyaallah”. Bahkan dalam website berbahasa Arab juga banyak yang membahaskan mengenai masalah ini. Dua ejaan yang sering ditulis oleh kita adalah إنشاء الله & إن شاء الله (huruf nun sambung atau tidak). Mengikut aturan tulisan  Jawi, mana-mana perkataan Bahasa Melayu yang dipinjam dari Bahasa Arab maka ejaannya hendaklah dikekalkan sebagaimana ejaan asal (B. Arab). Oleh itu, bagi melihat ejaan yang mana satukah yang betul, maka kita hendaklah merujuk kembali bagaimanakah orang Arab mengeja perkataan ini.
… Untuk pengetahuan anda, kedua-dua ejaan ini rupanya betul dan mempunyai maksud dalam Bahasa Arab! Akan TETAPI (ada tapi pulak), ejaan yang mana satukah pula yang menyamai niat kita menyebut “insyaallah”? Yang kita selalu ungkapkan “insyaallah” tu, apa yang kita maksudkan, yang kita faham? Baik, mari kita teliti kedua-dua ejaan ini:

1) إن شاء الله :  :ia adalah gabungan TIGA patah perkataan. إن, jika, kalau, dsb. شاء , kemahuan, hendak dsb. الله  , Allah, Tuhan Sekelian Alam. Maknanya disimpulkan sebagai ‘Dengan kehendak@ dengan izin Allah.
2) إنشاء الله :  :ia adalah gabungan DUA patah perkataan. إنشاء, penciptaan, pembinaan. الله , Allah, Tuhan Sekelian Alam. Maknanya disimpulkan sebagai ‘Penciptaan Allah’.

Nah, tidakkah sahabat-sahabat melihat perbezaannya sekarang? Ia membawa dua maksud yang sangat berlainan. Bahkan boleh terseleweng Aqidah, walaupun hanya dengan ejaan yang berlainan tapi bunyi sama. Ejaan yang kedua itu, إنشاء الله(huruf nun sambung dengan syin) telah berlawanan dengan Sifat 20 yang telah kita pelajari di sekolah dalam tajuk awal pelajaran Tauhid. Allah yang bersifat Qadim adalah mustahil untuk berlaku penciptaan padanya. Juga didalam Surah al-Ikhlas yang telah kita hafal sejak kecil dan sering diulang-ulang dalam solat, telah menyatakan pada Ayat ke-3. Maksudnya: Ia (Allah) tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan.

Maka dengan itu, hendaklah kita jelas & faham mulai saat ini bahawa perkataan ‘insyaallah’ itu adalah hasil dari TIGA perkataan bahasa Arab, In Sya Allah.

Bagaimana pula jika kita ingin mengeja dalam tulisan rumi? Jawapannya menurut Al-Faqir, ia terpulang kepada kita kerana pindahan perkataan Arab kedalam tulisan rumi itu adalah mengikut bunyinya sahaja. Inilah kelemahan dan keburukan kita mengeja perkataan berbahasa Arab bukan dengan hurufnya yang asal, tetapi cuma mengikut bunyi sahaja kerana Bahasa Arab itu boleh melahirkan dua perkataan yang sama bunyi tetapi lain ejaannya dan lain pula makna keduanya.

Oleh itu, saranan Al-Faqir  bagi mengelak salah faham pada pembaca, adalah lebih baik kita memisahkan ejaan ‘insyaallah’ itu mengikut perkataannya yang asal dalam bahasa Arab: [In sya Allah]. Ini cuma bagi menjauhi kekeliruan pada pembaca@generasi masa2 akan datang. Orang yang tidak mempelajari bahasa Arab itu lebih akan memahami bahawa ‘insyaallah’ itu adalah gabungan dari dua perkataan bahasa Arab jika kita menulis [insyaAllah, insya-Allah, I.Allah, insya Allah dsb] walaupun niat dan pemahaman kita adalah berlainan. Sekian, wallahu a’lam.

Selamat beramal! =)
0