Salahkah Berniqab?

Bismillah.Assalamualaikum.
Syukur kepada Allah kerana masih dipinjamkan nyawa untuk berkongsi.

Seorang sahabat baik FB telah bertanya secara suka-suka kepada saya tentang NIQAB atau BEPURDAH,saya bukanlah pelajar aliran agama dan saya juga baru belajar agaman tetapi elok rasanya saya memberi sedikit pandangan saya yang lemah ini kepada pertanyaan Beliau.

Secara umum,terdapat pandangan yang berbeza tentang hukum memakai niqab atau menutup muka,ada yang mengatakan WAJIB dan ada yang mengatakan ianya HARUS.

Kita telah belajar daripada Darjah satu lagi bahawa aurat bagi wanita adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak kaki.Oleh itu,tidak salah memakai niqab dan tidak salah jugan untuk memilih tidak memakai niqab.

Masalah yang sering timbul adalah apabila si PEMAKAI Niqab "menghukum" gadis-gadis yang tidak memakai niqab dengan ungkapan-ungkapan yang tidak elok,begitu juga kepada mereka yang tidak memakai niqab akan mencerca si pemakai niqab,ini sangat tidak elok dan harus diubah.



Sekarang,jangan kita terlalu banyak membahaskan isu-isu tidak memakai tudung.Perkara utama yang perlu ditangani sekarang adalah isu tidak menutup aurat yang semakin kronik.
Kadang-kadang ada wanita sanggup mengadaikan tudung hanya kerana ingin menadapatkan wang,
kerana wang,maruah agama digadai.

Islam telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.




Saya hairan kadang-kadang ada wanita yang bergelar ustazah yang berpakaian tidak mengikut syarak Islam. Bagaimana dia hendak menyampaikan seruan Islam kepada umum sedangkan dia juga berpakaian tidak ikut syarak. Sejak kebelakangan ini, pakaian menurut Islam dipesongkan dengan berbagai fesyen yang dapat menarik penglihatan lelaki terhadap pakaian yang dinamakan busana muslimah. Islam bukan menghalang berfesyen tetapi wajib mematuhi garisan yang telah ditetapkan Islam. Sepertimana firman Allah : “sesungguhnya Allah suka kepada perkara yang cantik dan kemas”.

Ada setengah wanita Islam hanya meletakkan auratnya kepala dan rambutnya sahaja, contohnya kepala bertudung tetapi lengannya terbuka (pakai baju tangan pendek). Ada pula kain tebelah sehingga menampakkan kakinya, tetapi kepalanya bertudung. Ada yang bertudung Wahida atau Wardina tetapi dihiaskan dengan keronsang-keronsang yang berkilau serta berbaju kilat sehingga dapat menarik pandangan orang lain. Di kampung, ramai wanita keluar dari rumah untuk menjemur pakaian atau sapu sampah dikawasan rumahnya hanya bertudung atau diletakkan sehelai kain dikepalanya dan kakinya tidak berstokin.





Bagi wanita yang menjaga auratnya dengan berpakaian mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Islam, maka ia telah menjaga dirinya dari fitnah pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Percayalah dengan pakaian yang sempurna dapat menghindarkan dirinya dari perbuatan jahat, perbuatan keji dan mungkar. Wanita perlu ambil berat masalah ini, kerana takut diri mereka menjadi mangsa kepada kejahatan yang tidak diingini. Banyak kes-kes pencabulan, rogol dan sebagainya adalah disebabkan wanita berpakaian yang menarik dan menjolok mata.

Berfesyenlah seperti yang dikehendaki oleh Islam, jangan gadaikan diri anda kelembah dosa dan noda disebabkan fesyen yang tidak mengikuti syariat Islam. Jadilah wanita yang solehah (wanita muslimah) dengan berpakian dan berakhlak mulia. Sesungguhnya anda akan dipelihara oleh Allah sepertimana serikandi Islam iaitu Saidatina Aisyah, Saidatina Khadijah, Maryam ibu Nabi Isa, Rabiatul Adawiyah.

7