Mengapa Remaja minat Artis Korea?(Jawapan)

/
5 Comments


Salam Satu Ummah!
Memang tak dapat nak disangkal lagi, produk dari Korea memang diminati ramai terutama para remaja kita pada masa kini..
Remaja lelaki ataupun perempuan, boleh dikatakan, 70% dari mereka meminati produk dari Korea..
Produk utama mereka adalah boy band/girl band atau lebih dikenali sebagai K-POP!
TV series dan movies keluaran mereka juga sangat diminati ramai..
Tidak hairanlah sekiranya kita sering sahaja mendengar lagu dendangan K-POP di corong-corong radio tanah air..
TV series dan movies yang disiarkan di ASTRO juga sering sahaja menjadi pilihan ramai terutama para remaja pada masa kini..
Ibu dan ayah para remaja berkenaan juga pasti berjangkit dengan penyakit yang sama..
Maaf, saya tak bermaksud nak mengatakan yang meminati Korea adalah suatu penyakit..
Jauh sekali andai saya mengatakan yang anda terkena jangkitan Syndrome Korea! 


Okay, sebelum anda nak menghina penggemar korea, ada baiknya kita mengkaji dulu..

Mengapa Remaja Suka Korea?
Jika ingin membanding-bandingkan produk Korea dan Malaysia, memang saya tak berani nak menyatakan pendapat saya..
Lain orang, lain pendapatnya..
Anda sendiri yang fikirkan..
Pendapat ini sangat subjektif dan sukar untuk kita mengenal pasti jawapan yang utuh..

Mengapa Remaja Suka Muzik Korea?
Alunan muzik yang diperjuangkan oleh artis Korea dikatakan lain dari yang lain kerana kebanyakan produk mereka berunsurkan kumpulan..
Seperti juga Westlife, Backstreet Boy, New Boyz, Boboy, dan Elite tapi bezanya muzik mereka ini dikatakan lebih moden dan ahli kumpulan dalam setiap band mempunyai bakat tersendiri dan pastinya mempunyai nilai serta peminat tersendiri..
Kelebihan rupa paras, vokal dan kemahiran dalam tarian membuat ramai orang tidak kira usia meminati mereka..
Super Junior, 2PM, Girls' Generation, 2NE1 dan banyak lagi band-band Korea pastinya menjadi pujaan ramai remaja di masa kini..



Tidak hairanlah mengapa remaja kita meniru budaya Korea baik dari segi pemakaian, rambut dan tutur kata..
Opps! Tutur kata?
Memang tak dapat dinafikan, sudah ada ramai remaja kita pada masa kini yang mahir bertutur bahasa Korea..
Produk mereka sebenarnya mempunyai kualiti yang tinggi dan itu merupakan sebab yang pasti mengapa remaja kita pada masa kini sangat meminati mereka..

Berikut merupakan sesi temu ramah saya terhadap penggemar Korea (Hyung Bukan nama sebenar)..
Saya : "Melihat dari dress awak, awak pasti peminat Korea!"
Hyung : "Benar! Panggil saya Hyung!" (Sambil menari mengikut rentak lagu di headphonenya)
Saya : "Awak faham tak lagu yang awak dengar tu?"
Hyung : "Tak, tapi saya suka sangat! Saya tak tahu kenapa.." (mencarut Sara Ngee.. Sara Ngee..)
Saya : "Nama sebenar awak apa?"
Hyung : "Hyung tu nama Korea saya.. Nama sebenar saya Iwan.."
Saya : "Pandai bertutur bahasa Korea?"
Hyung : "Sikit-sikit boleh la.."
Saya : "Apa pendapat anda mengenai muzik Korea?"
Hyung : "Sudah pasti ramai peminat Korea! Muzik mantap! Penyanyi kacak dan comel! Kalau tengok pompuan dia.. Meleleh Bro.."
Saya : "Selain muzik, awak layan tak drama atau movie Korea?"
Hyung : "Mestilah! Saya ada koleksi untuk setiap drama!"
Saya : "Kalau saya sebut pasal kualiti?"
Hyung : "Apa? Kualiti? Pasti la kualiti tahap superb bro.."


Mengapa Remaja Suka Drama/ Movie Korea?
Ya, sudah pasti kebanyakan remaja kita suka akan penampilan dan watak yang dimainkan oleh pelakon Korea..
Sambil mereka melihat, sambil mereka meniru..
Remaja hitam pun ada yang dress ala-ala Korea..
Walaupun diketawakan, remaja berkenaan tetap dengan pendiriannya..
"Aku adalah Korean Boy!"
Ada apa pada drama/movie korea?

Ya, pasti saja ramai yang bermulut lancang mengatakan..
"Buat apa nak minat kat orang Korea?"
"Dorang tak mandi pagi!"
"Berak tak basuh!"
"Busuk! Bau bawang!"
Koya, macam pernah dok Korea je bang?
Entah betul entah tidak..
Tak terlintas pulak nak buat research pasal kehidupan mereka..

Mengikut kajian, cerita drama/movie korea sebenarnya takde la mengarut sangat seperti cerita yang ditayangkan berulang-ulang di TV3 setiap petang tu..
Seperti juga cerita melayu..
Ada persahatan, percintaan, pergaduhan, seram dan banyak lagi..
Bab kekayaan cerita datuk-datuk dan datin-datin dengan rumah besar, kereta besar apa semua tu takde la sangat..
So, penonton takde la bosan sangat..
Pelakon Korea juga dikatakan sering berganti-ganti dalam membintangi drama/movie..
Jadi, takdelah bosan sangat asyik menghadap orang yang sama je..
Sama je..
Keluar cerita baru, dia je nak jadi hero..

Anda dapat bukan?
Produk Korea merupakan suatu fenomena..
Genre K-POP merupakan pilihan ramai..
Buktinya, penubuhan M-POP merupakan pengaruh dari mereka..
Tidak kurang juga artis-artis yang menyanyikan semula lagu-lagu mereka yang diterjemahkan ke bahasa kita..

Seperti juga zaman-zaman lalu..
Di mana muzik Rock menjadi pilihan..
Ada yang melarang anda?
Setiap zaman pasti ada perbezaannya..
Jadi, layakkah anda untuk menghukum peminat K-POP?
Tepuk dahi 3 kali sambil cakap, "Tak patut! Tak patut!"
Sempurnakah dirimu untuk mengatakan yang tidak baik pasal orang Korea?
Cukup kacak/cantik ke diri tu nak cakap mereka hodoh?
Orang-orang yang suka sangat hukum orang lain ni sebenarnya kurang pandai..
Kasihan mereka..
Dah kurang pandai tu, itu pasal mereka memandai-mandai..

Saya sebenarnya takde la minat sangat pun..
Layan sikit-sikit sudahlah..
Buat apa nak fanatik sangat kan..
Relax sudah..
Pesan saya untuk remaja-remaja di luar sana, Korea, Korea jugak..
Jangan pula tak sokong industri muzik/perfileman tanah air sendiri..
Nah, layanlah lagu kegemaran korang!

Credit to:http://mazeermohamad.blogspot.com/


You may also like

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...
sy suka nie entry..

trsngt2la btul.. sapa la bha kita nie tuk mnghukum org len sesuka hati kan... :)

jgn jd smpi fanatik sdh la...
just layan jak la... :)

tp, klu kita lyn korea kita bleh lalai ka..?
berdosaka klu ekut stail korea?

hrp saudara bleh jwb soaln sy..:)

Tanpa Nama berkata...

salam...
sy suka nie entry..

trsngt2la btul.. sapa la bha kita nie tuk mnghukum org len sesuka hati kan... :)

jgn jd smpi fanatik sdh la...
just layan jak la... :)

tp, klu kita lyn korea kita bleh lalai ka..?
berdosaka klu ekut stail korea?

hrp saudara bleh jwb soaln sy..:)

Rahman Imuda berkata...

apabila kita fanatik hinggakan boleh lali..contohnya tinggal solat kerana menonton korea,maka kita akan berdosa..

soalan kedua,
kita tidak berdosa jika mengikut korea selagi tidak melanggar syariat Islam..
sebagai contoh,boleh berpakaian seperti korea tapi yg penting menutup aurat dan bukan untuk riak..

'saya berpedapat pakaian korea kurang sesuai digunakan di Malaysia..

Tanpa Nama berkata...

memang tak salah tapi jika kita mengikut cara sesuatu kaum itu maka kita pun tergolong dalam kaum itu... kalau kita ikut budaya korea wpun hanya berpakaian, tdakkah itu bermaksud kita juga sama spt mereka sedangkan mereka adalah orang kafir dan kita adalah muslim...

Rahman Imuda berkata...

bismillah..yaa..apa yg anda kata ada benarnya...

akan teteapi memuja artis korea secara berlebihan adalah satu sikap yg x baik..

anda kata..kita x sama sebab kita muslim dan mereka kafir..

akan tetapi jika kita tak menutup aurat seperti mereka..adakah itu peribadi seorang muslim?

tidak..