SK BATU 4,Tawau Sabah.




11 Febuari,Sabtu-Cyberkids@Tawau telah mendapat undangan daripada SK Batu 4 untuk mengendalikan Program ICT yang dinamai "Memperkasa Ilmu Di Hujung Jari" anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah Berkenaan.Program ini disertai oleh:


1. EN. SURFIANSYAH NANANG (Penasihat CK@Tawau)
2. RAHMAN IMUDA (Ketua Fasilitator)
3. NURAFINA BINTI ALIAS
4. EIZLAN ELZAIRY BIN TAHAR
5. MUHAMMAD AFFENDY BIN AMIR
6. AWANG SHAH EZLAN BIN AWANG KECHIL
7. NURAZILAH BINTI JOHN
8. NURHIDAYAH BINTI SUHAILEE



Pada asalnya,Cyberkids@Tawau telah diminta untuk menerangkan berkenaan Blogging.Malangnya,'Internet connection' di sekolah itu telah membunuh permintaan itu.Mujurlah kami telah menyiapkan PLAN B,Kami telah mengajarkan Photoscape,Photostory dan Internet Safety.




Selain itu,Kami juga telah dengan sangat baik oleh sekolah itu dan semua peserta yang terlibat sangat ceria dan aktif.Program ini merupakan program pertama anjuran CK@TAWAU dan mendapat pujian daripada pihak sekolah tersebut.



"Sekiranya sekolah ini sudah boleh online,Jangan segan-segan panggil sahaja kami,kerana kami berhutang dengan sekolah anda untuk mengajarkan blogging"Demikianlah kata EN.Surfiansyah Nanang ketika memberi ucapan pada majlis penutupan program.




Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.Begitulah yang boleh saya umpamakan pada akhir program tersebut kerana segala yang kami kehendaki telah pun kami peroleh.Kepenatan yang kami ambil daripada program ini tidak menghapuskan kegirangan dan pengalaman yang tumbuh didalam diri kami dan akan menjadi bahan yang berguna untuk program CK@TAWAU yang seterusnya.

PADU!



p/s:Cikgu Pian Call,baru saya buat laporanya sebab mengharapkan Cikgu Pian yang buat...:)
0