Maksud Sebenar Fasilitator PART 1

/
0 Comments


Alhamdulilah,Saya masih diberi kepercayaan oleh Cikgu Pian untuk menjadi Ketua Fasilitator Cyberkids Daerah Tawau.




Sudah Hampir setahun saya memegang status ini.Mudah2an kerja saya sentiasa mendapat keredhaan dariNya.

Oke,ini bukan artikel tuk ceritakan siapa SAYA..hari nie nak kongsi tentang Maksud sebenar "FASI" yg kadang2 orang tersalah anggap tentang tugasan ini.Alhamdulilah,saya pernah memenangi Anugerah Fasi terbaik pada tahun lalu,jadi rasanya saya ada sedikit pengalaman untuk dikongsi.

Antara PENGERTIAN tugas2 yg paling asas:
1.Sebagai pemudahcara.
2.Sebagai seorang abang atau kakak.
3.Bukan sebagai seorang guru yang sedang mengajar.
4.Untuk berkongsi pengalaman.
5.Menjadikan diri sebagai seorang yang dipercayai.
6.Kalau boleh menjadi tempat rujuk,tempat mengadu hal peribadi dan seumpamanya.

Perananya?
1.Memperkenalkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ada dalam diri pelajar.(contohnya teknik belajar).
2.Memberi alternative penyelesaian bagi masalah pelajar.
3.Mewujudkan nilai mulia dalam diri pelajar.
4.Memotivasikan pelajar.

Tugas2nya pula:
1.“ Ice-breaking” atau mewujudkan kemesraan dikalangan ahli dan juga fasilitator
2.Mewujudkan kepercayaan di antara ahli dan juga fasilitator ( contoh, fasi terlebih dahulu sanggup menceritakan pengalaman hidupnya kepada ahli)
3.Mengambil berat terhadap kebajikan ahli
Perlu diingat bahawa kemesraan dan kepercayaan adalah kunci utama dalam mewujudkan sebuah kumpulan yang bermakna.


Bersambung....


You may also like

Tiada ulasan: