Bengkel BANNER di SMK Jalan Apas

Sabtu 8/10/2011- Satu Bengkel Penghasilan Banner telah di anjurkan di SMK Jalan Apas.Program ini disertai oleh 13 pelajar dari ahli-ahli rakan muda sekolah ini.Tujuan utama bengkel ini dianjurkan adalah untuk mencari pelapis bagi membantu unit Kokurikulum sekolah ini.
Program ini bermula pada pukul sembilan pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.



Pihak sekolah ini telah meminta bantuan daripada dua orang Fasilitator Cyberkids@Tawau untuk mengendalikan bengkel ini.Fasilitator yang terlibat dalam bengkel kali ini ialah saudara Khairul Anuar dan sauadara Rahman Imuda.Para peserta didedahkan dengan pelbagai jenis kegunaan Photoshop dalam penghasilan banner.


Sekolah ini juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fasilitator Cyberkids@Tawau kerana telah membantu menjayakan program ini.Sebelum Bengkel ini berakhir,semua peserta diberikan tugasan untuk menghasilakan banner mereka sendiri di rumah.


Bengkel fasa dua dijangka akan berlangsung pada 15 Oktober 2011 di Perpustakaan Daerah Tawau.

2