kenapa Bertudung?

Bertudung itu wajib. Wanita Islam sekarang ramai juga yang bertudung dan tidak bertudung. Bagi yang bertudung pula terdapat banyak kategorinya. Samada bertudung kerana rambutnya tidak enak dipandang lelaki, bertudung kerana mengikut trend masa kini, atau bertudung kerana mengetahui akan kewajipannya sebagai wanita muslimah (kerana Allah s.w.t). Oleh sebab-sebab tersebut, terdapat banyak cara pemakaian wanita muslimah hari ini. Bagi saya, kaum lelaki dapat juga menilai dari sudut pandangan mata kasar. Jika wanita itu benar-benar ikhlas bertudung untuk menutup aurat dan kerana taat, patuh & takut kepada Allah s.w.t. Maka pastilah pemakaiannya itu sempurna, kita yang memandang pun boleh menilai, adakah tudung yang dipakai mengikut apa yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w ataupun tidak. Jadi kaum lelaki pun perlu tahu cara pemakaian wanita menutup aurat yang sebenar.

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)
2