pelajar DALAM dilema



Apakah alasan utama pelajar untuk bercinta?.Sebenarnya tiada alasan yang benar-benar boleh diterima akal apabila kita mengajukan soalan ini kepada sesiapa sahaja.Percintaan di dalam kalangan pelajar ini sudah lama kita dengar,namun rasa cinta tak boleh dihalang.Sebagai pelajar yang bijak kita harus tahu cinta lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan terhadap diri kita.Saya sebenarnya tidak pasti adakah cinta mendatangkan sebarang kebaikan terhadap pelajar kerana cinta hanya akan menjadikan kita terlalu asyik bercinta sehinggakan pencapaian akedemik kita akan terjejas dan kemungkinan duit kita juga akan terbuang.Walaupun ada sesetengah pelajar beranggapan cinta akan meningkatkan motivasi mereka untuk terus belajar namun saya secara peribadi kurang bersetuju dengan pendapat ini kerana sebagai seorang pelajar kita mempunyai banyak sumber motivasi selain cinta.Ibu bapa seharusnya memainkan peranan yang penting untuk membantu membendung pelajar daripada bercinta,yang menjadi persoalan sekarang kebanyakkan ibu bapa sibuk dengan karier masing-masing sehinggakan anak-anak kurang diberikan perhatian yang sewajarnya.KAMI ingin kasih saying daripada kedua orang tua kami,KAMI cemburu melihat kawan-kawan kami banyak meluangkan masa bersama ibu bapa mereka.Masa hujung minggu sepatutnya di manfaatkan oleh ahli keluarga untuk merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain.APAKAH YANG HARUS KAMI LAKUKAN UNTUK MENDAPAT PERHATIAN DARIPADA IBU BAPA SENDIRI????
0